Solturakyat

Koleksi buku tak best

Koleksi buku tak best

Hakcipta (c) Soltura Ink.

HAKCIPTA TERPELIHARA. Karya di dalam amat tidak dibenarkan sama sekali di diulang keluar mana-mana bahagian dan isi kandungan dalam apa juga bentuk dan cara sekalipun sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penulis dan penerbit. Ini Harta Intelek. Segala kandungan di dalam buku adalah idea penulis. Sebarang persamaan adalah kebetulan semata-mata dan tidak disengajakan. Sumber gambar goggle dan persendirian

Mar 3, 2013

JUALAN GARAJ : ZINE TORA-TORA Limited Edition

1 Kopi Sechawaen
2. Potable Water
3. Kaset Rosak
4 Dark Thrust
5 Cinta dan Waktu
6 Keronsang Gitar Kamil
7 Kenapa Nak Serius?
8 Resusitasi dan Resistensi
9. Basikal Daniel
10 Curahan Hati Joni

Stok ni lebihan yang tidak dituntut,. jadinya adalah lebih baik saya menjual daripada terus diperam. Limited edition.

Setiap satu RM 7 termasuk pos

Beli semua RM 57 termasuk pos

Berminat untuk mendapat. SMS Fifiana 0172811190

Feb 18, 2013

Feb 16, 2013

looks

pretty does not always mean good

one that's pretty might not be beautiful

they say looks can be deceiving

i don't know who the heck are THEY but i surely agree

see beyond the looks

because at the end of the day

that's the one that's most certainly last


PLEH

L                                                            

             O                                                    ?   

                         S
                                                                                         ?
                                       T




P                               E                                  ???                             ???
                L                                          H                                ?  ?  ?


try seeing it from different angle.

Jan 29, 2013

Pejabat kedua

Kami ada pejabat baru.. Silakan ke http://solturaink.blogspot.com/

Nov 21, 2012

Buat Saudaraku

Saudaraku,
walau pun batang tubuh aku
berada di sini pada hari ini

Namun,
jiwa aku sebetulnya
kelmarin lagi ada di sana

Saudaraku,
aku ini selalu ada di sisimu


Gambar Dari Enjin Carian

Nov 9, 2012

I am sorry

"Do not take someone's silence as his pride, perhaps he is busy fighting with his self."

- Ali ibn Abi Talib (ra)


Sekadar gambar hiasan.

balqissy ^__^

Nov 7, 2012

Hati

aku dan kau punyai wajah berbeza. watak berbeza. citarasa berbeza. kelahiran berbeza. tetapi punyai satu persamaan yakni hati

Nov 6, 2012

Antara Pop dan Picisan : Satu renungan.

Sudah lama saya ingin menulis berkenaan ini. Terlalu lama barangkali. Mutakhir ini kerap pula timbul perdebatan antara pop dan picisan ; siapa lagi bagus dan siapa yang layak dilongkangkan. Maka keinginan yang hampir padam itu bernyala kembali.

Antara pop dan picis. Pop adalah singkatan dari Popular ; yang dedefinasikan sebagai sesuatu yang deterima umum dan mendapat sambutan. Picis pula diringkaskan daripada Picisan ; yang bermaksud sesuatu yang rendah mutunya.

Saya kira ada beberapa perkara yang terlepas pandang dan sering disalah anggap apabila penggunaan dua istilah ini diutarakan. Apatah lagi Malaysia (negaraku yang tercinta ini) rakyatnya gemar pula mengikut-ikut tanpa mengkaji mahupun membaca etimologi atau epistimologi ilmu berkenaan sesuatu terlebih dahulu.

Karya cinta, yang bertema cinta, atau pun yang ditulis menggunakan nada cinta seringkali dikelaskan (lebih Melayu istilahnya berbanding klasifikasi) dalam kelompok karya picisan. Benarkah?

Karya cinta sebenarnya berada dalam kelas tersendiri. Ada pengelasan untuknya iaitu karya roman/bernada romantisme. Karya cinta bukanlah picisan tetapi tergolong dalam kelompok popular. Dalam kajian kebudayaan, budaya popular merupakan gelaran untuk sesuatu budaya yang menjadi penerimaan orang ramai. Kita tahu dalam sesebuah masyarakat ada pengelasan budaya iaitu budaya tinggi dan budaya rendah. Budaya popular pula bersifat dinamis yakni boleh ada dalam budaya tinggi mahupun budaya rendah.

Karya cinta (atau setepatnya novel cinta?) adalah sesuatu perkara yang menjadi popular dan diterima ramai. Ini menjadikan karya itu pop dan terkenal. Tetapi adalah tidak patut menggelarkan karya sebegini dengan picisan.

Ini kerana novel cinta, walaupun mengutarakan kritikan sosial bersifat luaran luaran tetapi itu bukanlah isu yang bersifat murahan. Novel cinta selalu memaparkan kisah cinta muda-mudi, kisah cinta antara dua darjat, kisah kebejatan rumah tangga tetapi tetap ada kritikan terhadap sosial malah terkadang bersifat didaktik (berunsur pengajaran). Tema cinta adalah sesuatu yang universal, yang bersifat suci. Dan kebanyakan novel cinta tidaklah sampai memaparkan adengan keterlaluan yang mencemari cinta itu sendiri. Selalunya hanya digambarkan tentang cinta tak kesampaian, masalah dalam cinta dan sebagainya namun tidak pula sampai harus memaparkan adengan cinta keterlaluan hingga memaksa adengan ranjang dituliskan.

Karya yang mempunyai adengan cinta keterlaluan (baca : seks) digelar erotis/erotik. Karya erotik lebih kepada karya yang mensensasikan cinta ketahap yang melampau hingga terdapat adengan ranjang yang memualkan dan memalukan.

Inilah karya yang hampir kepada picisan. Picisan adalah cerita yang menjual sensasi dan mengada-ngada (dibuat-buat). Kebelakangan ini banyak novel yang terhasil ditulis (kononnya) berdasarkan kejujuran. Kejujuran apa kalau suatu isu itu dibuat-buat dan disensasikan dengan bahasa dan penggunaan kata yang murah (mudah, lucah, biadap)?

Novel ini dengan lantangnya bersuara sambil memaparkan adengan keterlaluan dengan harapan kejujuran mereka diterima masyarakat. Mungkin, jujur tetapi dimana adab dan tatasulia sebagai seorang penulis? Mereka juga kerap melabelkan karya cinta (pop) sebagai murahan sedangkan mereka sendiri menuliskan kelucahan didalam karya. Adakah penulisan mereka salah? Tidaklah dapat dipastikan kerana karya mereka juga mempunyai unsur didaktik diakhir cerita.

Saya bukan ingin memenangkan novel cinta, dan menyalahkan novel fiksi pulpa. Tetapi sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir, kita seharusnya bijak menilai dan jangan wewenang menjatuhkan hukum pada mana-mana pihak.

Ada beza antara popular dan picisan. Bukan saja dari segi penggunaan bahasa, tema, malah adengan yang dituliskan. Adakah bahasa skema sebuah karya picis hanya kerana mempamerkan kisah cinta? Manakala adakah karya lucah bukan picis kerana mempamerkan kisah jujur sebuah masyarakat? Sama-sama kita fikirkan.

Akhir kata, sebelum kita menilai dan menghukum sesuatu, eloklah kita fahamkan dulu apa yang ingin kita cakapkan. Jangan kerana terlalu taksub dengan sesuatu karya, kita menuduh karya lain sebagai murahan. Bacalah banyak buku dan hadamkan pelbagai aspek ilmu.

Ini sekadar pendapat dan bukan untuk memenangkan mana-mana pihak atau menyalahkan puak tertentu.


Menulis untuk Soltura (blog yang pop dan tiada unsur picis),
Shukri Mohd Ali.

Nov 5, 2012

We still alive la

kami masih ada lagi buat masa sekarang kami kembali ke arena DIY zaman zine-zine dulu..setakat ni 10 zine terhasil. kelihatan bongkak sombong dan riak bagi sesetengah orang. tapi rasanya selesa dan senang macam ni.kami akan jual zine keluaran akan datang insyaallah. buat masa ni kami jual kat luar je tanpa jaringan internet. amacam?

freedom bukan